![]() |
| Daging Lembu segar untuk pelbagai majlis |
Bagi mereka yang memerlukan bekalan daging lembu dalam kuantiti yang banyak seperti katerer dan majlis kenduri. Hubungi kami di Talian 0173047278 dan 0192653791 untuk memastikan stok ada dalam simpanan.
Selain khidmat daging lembu dan kambing segar dan beku, kami juga membekalkan khidmat kambing dan lembu untuk kegunaan aqiqah dan korban. Sembelihan dilaksanakan selepas tempahan dimuktamadkan daripada anda. Sangat sesuai untuk majlis aqiqah dan katerer yang menerima tempahan majlis aqiqah disekitar klang, pelabuhan klang, Shah Alam dan subang.
![]() |
| Pelbagai jenis potongan daging lembu |
Segala urusniaga untuk perkhidmatan ini berlangsung dengan tunai. Sebarang pembelian daging lembu dan kambing berlaku di kandang. Bagi tempahan kambing dan lembu aqiqah, 50% deposit diperlukan untuk memuktamadkan urusan.
Anda boleh layari http://kambinghalal.blogspot.com atau http://aqiqahlembu.blogspot.com untuk merujuk sebarang persoalan berkaitan hukum hakam aqiqah dan korban dan panduan urusniaga pembelian daging lembu dan kambing.
![]() |
| Potongan Daging Lembu yang sesuai dibuat stik |
Harga Kambing dan lembu bergantung kepada jenis/baka, berat dan saiz. Sebagai contoh lembu daripada jenis yang lebih besar dan berat lebih mahal harganya. Harga lembu dan kambing juga tidak sama bergantung kepada pasaran semasa.
Daging Lembu dan KAmbing UMM BARAQAH RESOURCES semestinya pilihan yang lebih baik.
Sedikit Penerangan mengenai daging lembu yang diperolehi daripada Ensiklopedia Bebas Wikipedia:
![]() |
| Daging Lembu Potongan Amerika Syarikat |
Tambahan pula, bahagian daging lembu lain contohnya lidah hati perut dan daging punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
Bagi memastikan kualiti daging lembu yang disimpan kekal berada ditahap terbaik, langkah-langkah pencegahan haruslah diambil kira seperti berikut:
![]() |
| Ruang Sejuk beku untuk simpan daging lembu |
- Elakkan daging daripada bercampur dengan air. Daging hendaklah bungkus rapi supaya kalis air
- Suhu yang rendah akan memastikan pembiakan bakteria di daging lembu tidak berlaku, jadi simpan di bahagian peti sejuk yang paling sejuk (ruang penyimpanan jauh dari pintu peti sejuk seperti ruang sejuk beku)
- Sebelum memasukkan daging lembu kedalam peti sejuk, pastikan daging berada dalam keadaan yang baik dan ia dapat disimpan sehingga 2 bulan tanpa perubahan kualiti daging dan selamat dimakan.
- Disarankan supaya daging dipotong ke potongan lebih kecil supaya lebih mudah proses pengeluaran dari ruang sejuk beku bagi daging yang diperlukan sahaja.
- Proses mengeluarkan daging lembudaripada simpanan sejuk beku boleh dilakukan dengan merendam daging tersebut dalamair sejuk, dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau dipindahkan ke bahagian lain dalam peti sejuk yang kurang sejuk.
![]() |
| Contoh Potongan Daging Lembu |






