Thursday, November 24, 2011

Daging Lembu Mahal Kerana Dedak

Assalamu'alaikum Wrmbth, Penjual daging lembu kerap dipersalahkan apabila harganya naik, tetapi pengeluar pallet (makanan lembu) yang punya angkara. Rata-rata pengeluar pallet bukan islam. Samalah dengan kes kelapa sawit, ikan dan getah, orang melayu islam membanting tulang menempuh badai ombak, bangun awal pagi menoreh tetapi peraih ikan, pengusaha kilang sawit dan pemborong getah sekerap yang mendapat untung. Semua bukan orang islam. Persoalannya bila orang islam mahu bangkit?

Harga dedak melambung punca daging mahal

Daging Lembu
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga dedak hampir tiga kali ganda dipercayai menjadi faktor utama kenaikan harga daging di pasaran ketika ini.
Penternak lembu, Arifin Mustafa, 40, berkata, harga makanan haiwan itu melambung daripada RM300 satu tan kepada RM800 satu tan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga borong daging.

“Memang harga daging naik, tapi semuanya ada sebab,” katanya.
Dia mengakui daging lembu terutama daging batang pinang meningkat daripada RM20 kepada RM24.50 sekilogram.

“Lagipun sebelum ini kami dapat subsidi makanan lembu dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tapi sekarang sudah setahun lebih tak ada subsidi,” kata Arifin.

Menurutnya, selain itu kos operasi penyembelihan lembu dan kos penghantaran daging ke pasar di sekitar ibu negara turut meningkat.

“Saya terpaksa menaikkan harga daging untuk menampung kos yang meningkat, bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata,” katanya turut menyatakan syarikatnya beroperasi di sekitar Shah Alam.

Harian Metro melaporkan semalam, harga beberapa bahan makanan utama meningkat dengan mendadak terutamnya harga daging lembu sehingga menimbulkan keluhan kalangan peniaga.

No comments:

Post a Comment