Thursday, November 24, 2011

Daging Lembu Mahal Kerana Dedak

Assalamu'alaikum Wrmbth, Penjual daging lembu kerap dipersalahkan apabila harganya naik, tetapi pengeluar pallet (makanan lembu) yang punya angkara. Rata-rata pengeluar pallet bukan islam. Samalah dengan kes kelapa sawit, ikan dan getah, orang melayu islam membanting tulang menempuh badai ombak, bangun awal pagi menoreh tetapi peraih ikan, pengusaha kilang sawit dan pemborong getah sekerap yang mendapat untung. Semua bukan orang islam. Persoalannya bila orang islam mahu bangkit?

Harga dedak melambung punca daging mahal

Daging Lembu
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga dedak hampir tiga kali ganda dipercayai menjadi faktor utama kenaikan harga daging di pasaran ketika ini.
Penternak lembu, Arifin Mustafa, 40, berkata, harga makanan haiwan itu melambung daripada RM300 satu tan kepada RM800 satu tan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga borong daging.

“Memang harga daging naik, tapi semuanya ada sebab,” katanya.
Dia mengakui daging lembu terutama daging batang pinang meningkat daripada RM20 kepada RM24.50 sekilogram.

“Lagipun sebelum ini kami dapat subsidi makanan lembu dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tapi sekarang sudah setahun lebih tak ada subsidi,” kata Arifin.

Menurutnya, selain itu kos operasi penyembelihan lembu dan kos penghantaran daging ke pasar di sekitar ibu negara turut meningkat.

“Saya terpaksa menaikkan harga daging untuk menampung kos yang meningkat, bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata,” katanya turut menyatakan syarikatnya beroperasi di sekitar Shah Alam.

Harian Metro melaporkan semalam, harga beberapa bahan makanan utama meningkat dengan mendadak terutamnya harga daging lembu sehingga menimbulkan keluhan kalangan peniaga.

Daging Lembu diJua Harga Istimewa

Jual daging lembu harga istimewa

ALOR SETAR 7 Sept. - Pada saat penternak lembu tempatan berdepan dengan kenaikan kos operasi, syarikat pembekal dan pengusaha lembu fidlot, Widad Agrofarm Sdn. Bhd. (WASB) menawarkan pilihan terbaik bagi membolehkan orang ramai mendapatkan daging berkualiti pada harga istimewa sepanjang musim perayaan.
Syarikat itu yang berpangkalan di negeri ini menjual daging lembu segar tempatan terus dari ladangnya pada harga yang lebih rendah daripada harga siling iaitu RM18 sekilogram, selama lebih tiga bulan sehingga sambutan Hari Raya Aidiladha pertengahan November ini.
Harga siling bagi daging lembu runcit yang ditetapkan kerajaan pada masa ini ialah RM19 sekilogram.
Ketua Pegawai Operasi WASB, Ahmad Shabudin Ariffin berkata, pihaknya mengambil inisiatif berkenaan sebagai salah satu bentuk tanggungjawab syarikat itu dalam membuat kebajikan bagi meringankan beban pengguna.
"Sungguhpun segala kos meningkat kebelakangan ini namun syarikat masih dapat menawarkan harga yang kompetitif yang secara relatifnya lebih rendah berbanding mana-mana harga daging segar pada musim perayaan," katanya kepada pemberita di kios syarikat itu di Jalan Langgar di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, para pengguna yang ingin mendapatkan daging lembu dijamin halal, segar, berkualiti dan bersih pada harga berpatutan itu boleh berkunjung ke kios tersebut mulai pukul 7 pagi hingga 5 petang.
Katanya, selain daripada jualan daging lembu yang dijamin halal dan segar secara runcit di kios berkenaan, WASB turut sedia menerima tempahan menerusi talian 1800-88-6116.
Menurutnya, bekalan daging syarikat berkenaan diperoleh dari ladang miliknya di Sungai Laka, Changlun dekat sini di samping mempunyai kemudahan pusat pengumpulan lembu yang berfungsi sebagai pusat kuarantin di Thailand.
Mengenai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha kira-kira dua bulan lagi, Ahmad Shabudin berkata, masyarakat Islam yang mahu melakukan ibadah korban boleh mendapatkan lembu hidup yang dijual pada harga ladang serendah RM1,650 seekor.
Katanya, WASB menyediakan sehingga 2,000 ekor lembu yang dijamin kualiti dan kebersihannya bagi membekalkannya kepada pengguna yang berhasrat membelinya atau membuat tempahan bagi tujuan tersebut.

Itulah dia laporan berita sempena raya haji 2011 yang baru berlalu dan telatah penjual daging lembu.